snow

Friday, 19 October 2012

TEKNIK-TEKNIK MENGGAMBAR

1) TEKNIK CATAN

    Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat    poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berus dan alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

 CONTOH GAMBAR TEKNIK CATAN

                            




2)  TEKNIK KOLAJ

      Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusiadan bahan semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih.

CONTOH GAMBAR TEKNIK KOLAJ

                    



 3) TEKNIK CETAKAN

     Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan cetakan. Teknik cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Antara bahan cetakan ialah blok, cetakan lino, "strawboard", "polyfoam" dan sebagainya.

CONTOH GAMBAR TEKNIK CETAKAN

                       



4) TEKNIK RESIS

    Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Dengan menggunakan lilin atau krayon untuk melukis corak pada permukaan  kertas lukis, selepas itu, guna warna air untuk sapu di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin atau krayon, warna air akan diserap. Manakala kawasan yang berlilin atau krayon, warna air tidak akan diserap.

CONTOH GAMBAR TEKNIK RESIS

                 



5) TEKNIK GOSOKAN

    Teknik gosokan ialah menggunakan krayon atau pensil warna dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.

CONTOH GAMBAR TEKNIK GOSOKAN

                           




6) TEKNIK STENSILAN

     Teknik stensilan ialah teknik di mana rupa bentuk gambar dihasilkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil. Apabila bahan warna disapu atas alat stensil yang dilletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong di atas stensil dan diserap oleh kertas.
 
CONTOH GAMBAR TEKNIK STENSILAN 


                       




7) TEKNIK PERCIKAN

    Teknik percikan ialah menggunakan bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat, misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik.

CONTOH GAMBAR TEKNIK PERCIKAN


                   



8) TEKNIK GURISAN

    Teknik gurisan boleh dihasilkan dengan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Misalnya menggunakan krayon untuk mewarna kertas lukis secara berlapis-lapis. Selepas itu, gunakan alat yang keras atau tajam seperti kayu, plastik dan paku untuk mengguris pada krayon yang tebal supaya menghasilkan gambar.

CONTOH GAMBAR TEKNIK GURISAN

                         




9) TEKNIK CAPAN

    Teknik capan juga boleh digolongkan dalam kategori cetakan. Teknik capan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.

CONTOH GAMBAR TEKNIK CAPAN


                               




9) TEKNIK MOZEK

    Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan sebagainya ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.

CONTOH GAMBAR TEKNIK MOZEK


                           

















































13 comments:

  1. cikgu, saya suka gambar-gambar yang cikgu muat naik.

    ReplyDelete
  2. Guru yang mengajar Pendidikan Seni tidak harus melepaskan peluang untuk melayari blog cikgu. Sungguh menarik dan bermanfaat!

    ReplyDelete
  3. Cikgu Foo, nota anda sangat berguna kepada saya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana menghayati gambar yang saya siarkan dalam blog saya.

    ReplyDelete
  5. Teknik- teknik tersebut sangat baik , saya sangat suka teknik tersebut .

    ReplyDelete
  6. Blog yang menarik lagi cantik. Tahniah!

    ReplyDelete
  7. senang untuk guru mendapat bahan di sini.

    ReplyDelete
  8. wah, cantiknya lukisan-lukisan itu. Murid yang buat ke? Saya juga minat seni. Taniah, blog cikgu hebat.

    ReplyDelete
  9. Cikgu Foo, Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  10. terima kasih infonya.. sangat bermanfaat..!

    ReplyDelete